Thursday, September 29, 2011

Tersirat ~

"Terima kasih ya? saya pada awak"
"Terima kasih ya? saya pada awak"
"Terima kasih ya? saya pada awak"

Tiga kali lafaz saya *ucapkan terima kasih pada awak. Disebalik *TIGA kali ucapa terima kasih itu tersirat HATI saya. Saya tidak mahu memberi tahu awak apa itu yang tersirat. Ini kerana, awak pernah belajar *Bahasa melayu PENULISAN semasa sekolah menengah dahulu kan? Meski cikgu awak pernah ajar apa itu TERSURAT dan TERSIRAT bukan? Jadi, tiada alasan penting untuk saya menyatakan yang tersirat itu.

Tersirat, bialamana ianya tersembunyi sudah pasti ianya dapat dirasai hati. Apa yang dirasai oleh hati itu, hanya *kita sahaja dapat merasakannya bukan? Lebih baik ianya tersirat kerana tersirat itu INDAH. Tidak akan dapat dirasai oleh orang lain selain AWAK dan SAYA sahaja. Jadi, biarkanlah ianya tersirat. Semoga awak dapat A+ dalam penulisan hati sekiranya berjaya merasakan tersirat itu.

Sekarang ini, saya sedang melalui satu jalan yang amat sukar dalam hidup saya. Dikiri saya duri, dikanan saya daun beracun, di belakang saya jalan mati dan saya tidak tahu apa yang berada dihadapan.

Tolong saya boleh?

Pimpin saya ke jalan yang benar lagi adil? Saya sekarang tersesat dan mati akal mencari jalan keluar dari jalan ini? Saya perlukan awak. Saya yakin dengan awak meski saya tahu awak pun berada dijalan yang sama saya hadapi kini. Saya mahu awak dan saya sama-sama cari jalan keluar ini. Boleh?Terima kasih awak. Pimpin saya cari jalan keluar, agar kita nampak jalan bahagia~

Satu lagi,
Selalunya apa yang saya cakap ini pastinya ada *kurang, salah, tersilap dan tersasar. Saya minta maaf sangat-sangat seandainya apa yang saya katakan tidak menepati *skema piawaian awak. Awak jangan risau, segala kekurangan awak, dan apa juga berkaitan dengan awak. Saya terima dan redha. Jadi, setelah awak selesai membaca *petikan berantai ni. Sila senyum dengan sukanya ok? Terima kasih awak untuk selamanya ini.

Ciptaan sendiri ~
MNH
11.29pm
29 sept 2011

0 TeGuRaN:

Post a Comment

Followers

Encek & Cik

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers