Friday, August 12, 2011

Kita Milik DIA~


~Tagline~

“Andainya aku boleh menarik segala janji, aku ingin sekali menariknya semula, kerana aku mula sedar, aku tak layak menjanjikan apa-apa. Andainya aku boleh memadamkan ingatan semua orang terhadapku, aku ingin sekali memadamnya kerana aku mula sedar yang aku hanya dunia yang membiak dihati mereka. Andainya aku boleh mengundurkan waktu, aku tak mahu menyayangi sesiapa kerana aku mula sedar apabila terlalu menyayangi seseorang, aku hanya memikirkan dirinya…. Subhanallah..”

Safawati binti Rustamin, sudah berulang kali aku menyebut nama arwah sejak pagi tadi. Malam tadi, aku bermimpi tentang arwah..Subhanallah..lalu aku terfikir..kenapa ya?....... Kata-kata di atas di petik dari blog beliau sendiri. So, aku jadikan ia sebagai tagline post aku. Entah kenapa aku tertarik dengan kata-kata itu. Seolah-olah arwah tahu dia akan pergi selama-lamanya lalu dia meninggalkan kata-kata seperti itu. Sebenarnya aku dan kawan-kawan yang lain telah diberi tanggungjawab untuk menulis sebuah cerpen tentang diri arwah. Akan tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk aku mulakan cerita tentang dirinya. Aku mengenali arwah sejak kami berada di tingkatan satu lagi. Perit duka dan gelak ketawa yang wujud di antara persahabatan aku, arwah dan sahabat2 lain telah banyak memberi impak kepada aku tentang indahnya persahabatan di waktu persekolahan dulu. Seperti yang pernah aku katakan dalam post blog lama aku dulu yang menceritakan tentang arwah, kami tidak pernah bergaduh mahupun bermasam muka. Berbeza sangat dengan sahabat lain, arwah seperti memahami diri aku. Walaupun hakikatnya, aku mungkin bukan sahabat atau kawannya yang paling rapat, namun seboleh2nya kami cuba mengelak untuk bersengketa.

Mengenai cerpen itu pula, kami diberi tempoh sehingga tahun depan (2012) sebelum reunion pelajar-pelajar SMU Tambunan diadakan. Kononnya, cerpen-cerpen itu akan dikumpul dan dibukukan dalam majalah REUNION tersebut. Kalau jadi, Alhamdulillah….sekurang-kurangnya cerita tentang arwah boleh dijadikan sebagai pedoman dan nama arwah sentiasa diingat oleh serata pelajar-pelajar tersebut.

Manusia selalu mengeluarkan kenyataan begini “kenapa orang baik selalu pergi dulu?”….ya, aku tak nafikan tentang kenyataan tersebut….arwah safawati berumur 24 tahun ketika dia menemui ajalnya. Masih muda bukan? Namun sebagai umat Islam, kita sentiasa diberi peringatan bahawa ajal tidak mengenal sesiapa dan umur…bila-bila sahaja kita akan MATI…Cuma terpulang pada kita sama ada sudah bersedia atau tidak…Ya Allah..bukan aku takut mati namun aku belum cukup bersedia..aku masih ada impian yang perlu dicapai dan digapai dalam hidup ini..syukur juga kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini…dan sesungguhnya aku tidak akan sekali-kali mensia-siakan peluang tersebut…peluang yang ada ini juga aku akan gunakan sebaik-baiknya untuk menikmati hidup dengan penuh bersyukur serta menghargai apa yang menjadi milik aku.. di samping aku bersedia untuk menemui saat2 terakhirku dibumi ini…InsyaAllah…

Aku pernah dengar jawapan orang bagi soalan “kenapa orang baik selalu pergi dulu?”..mereka kata, mungkin kerana Tuhan tidak mahu orang yang baik ini akan ternoda imannya, dan akan hilang kebaikannya jika semakin lama mereka hidup di muka bumi ini..jadi bagaimana pula dengan “kenapa orang jahat pula boleh hidup dengan lama?” lalu mereka menjawab, kerana Tuhan mahu memberi peluang kepada mereka unutk bertaubat dan menginsafi di atas kejahatan yang mereka lakukan. Betulkah? Lalu tanya pada diri sendiri “andai aku orang baik, tentu aku dah mati” dan “adakah aku manusia jahat?” Wallahuallam…hanya ALLAH S.W.T saja yang tahu disebalik semua ini..Dia Maha mengetahui segala-galanya…Dia adalah MAHARAJA yang mentadbir rakyat-rakyatNYA…. Kita adalah milik ALLAH SWT…..Kita adalah ciptaanNYA….kita adalah hamba-hambaNYA…Dia tahu apa yang ditakdirkan pada umat seantero dunia. Kita sebagai hamba kerdil dan hina disisiNYA hanya mampu berfikir sedemikan rupa. Namun tidak mampu untuk mentafsir disebalik takdir alam. Well, nobody perfect right? Lalu, sekali lagi tanya pada diri sendiri, “apa tujuan aku hidup?”….just thinking about it….

p/s: setelah berfikir banyak kali kenapa aku bermimpi tentang arwah..lalu aku hanya mampu memberi jawapan untuk diri sendiri….”aku diberi peringatan tentang MATI”

0 TeGuRaN:

Post a Comment

Followers

Encek & Cik

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers