Thursday, September 29, 2011

keP.E.R.C.A.Y.Aan

Malam tadi aku sampai rumah lebih kurang pukul 10 lebih. Aku baru balik dari majlis rumah terbuka di Tenom oldtown UA dan library UMS. Sampai rumah aku terus mandi untuk menghilangkan rasa letih. Burger yang aku belikan untuk adik, aku letakkan atas meja. Kuar saja dari bilik air, aku tengok adik aku dah bangun dari tidur-tidur ayamnya sambil makan burger ayam yang aku belikan. Amboi..cepatnya…hehehehe..

Lepas tu, aku join sekali adik aku duduk diruang tamu sambil tengok tv2..tengok cerita HIGH SCHOOL MUSICAL…mmm, dah lama tak tengok cerita tu..so aku tengoklah sampai habis…best jugak layan…. (^__^)….

Abis jer cerita tu…sahabat aku, ILIey telefon aku….baru je aku terfikir pasal dia, nama dia dah muncul di skrin handset aku..huhuhu…emmmm ni mesti dapat panggilan free..ye lah, dua tiga hari lepas dia baru menyambut hari jadinya yang ke 27…well, SELAMAT HARI JADI SAHABAT….. J

Selama dua jam kami bercakap…huh? Memang lama sangat tu dua jam tu…dah macam masuk kuliah menghadap lecturer mengajar….tapi tak terasa pula kami bercakap sampai kul 2pagi…

Memang banyak cerita yang kami kongsikan…lebih2 lagi apa yang berlaku dalam hidup aku…begitu juga dengan iliey..dari cerita dia, aku dapat tahu dia dah kembali berhubung dengan *si Dia nya…Alhamdulillah..syukur sangat..penantiannya yang lama akhirnya hampir sampai ke penghujung..sebab InsyaAllah, bulan 12 nanti andai tiada aral melintang dia akan melangsungkan perkahwinannya dengan *si dia…walaupun dia sendiri mengatakan yang hatinya semakin tawar…tapi aku tak salahkan dia sebab aku tahu dan faham apabila seseorang lelaki membiarkan diri seorang wanita *tergantung tanpa mengetahui status diri kadangkala boleh membawa wanita itu kepada rasa ‘jeruk hati’….aku makin faham kerana aku juga pernah mengalaminya dulu.

Akan tetapi walaupun hati dia semakin tawar, ada satu *rasa yang dia masih pegang sampai sekarang iaitu KEPERCAYAAN pada lelaki itu. aku akui, aku tak tahu macam mana dia lakukan sedemikian tapi rasa itu yang membuatkan dia masih bertahan untuk setia pada seorang lelaki sahaja. Itulah iliey, seorang sahabat yang aku kenali lama dulu.

Memang benar, rasa percaya pada pasangan amat penting dalam sebuah perhubungan..saling percaya dan tolak ansur adalah benteng utama yang mampu mempertahankan sebuah hubungan. Mungkin tidak salah kita berasa sedikit curiga pada pasangan sendiri sebab kita tidak tahu apa yang *dia buat dibelakang kita, bukan? Tapi apa salahnya, andai kita berterus terang sahaja apa yang kita rasa,kan? Ataupun kita hanya terus berdiam diri tanpa ada rasa syak wasangka yang tidak baik… akhirnya, tanpa sedar, ia memberi suatu pengajaran untuk aku….(( padan muka)) hehehehe~

Bercakap dengan iliey semalam membuatkan aku terfikir sesuatu, bahawa setiap perkara yang kita lakukan dengan pasangan perlu ada keserasian dan kesefahaman. Aku akui sebagai wanita, rasa cemburu itu tidak pernah TIDAK ADA dalam perasaan aku. Egonya wanita itu andai dia katakan yang dia tidak pernah rasa cemburu…… sedangkan isteri-isteri Rasulullah pun saling cemburu antara satu sama lain….((p/s: tiada yang sempurna bah geng :P ))

Cerita kami berselang seli..selepas iliey, giliran aku pula yang bercerita…well, bagi aku tidak banyak cerita bahagia yang aku mahu kongsikan pada iliey kecuali kisah pertunangan aku saja. yang selebihnya berkisar tentang suka duka aku sebelum bertunang. Walaupun mata kian mengantuk namun kami masih rancak berbual. Almaklumlah, sudah lama tidak berborak dengan iliey…lagipun bagi aku dialah antara sahabat2 yang sudi menjadi pendengar setia ketika aku meluahkan segala rasa…THANKS A LOT TO HER… kerana sanggup bersengkang mata sampai 2 pagi semata-mata mahu mendengar cerita aku…..kih kih kih~ `(@___@) ß dah nak terjuling mata aku~~~~ kuang2x..

Orait….cukuplah apa yang aku nak kongsikan di sini…sorry beb andai post kali ini tidak menarik untuk di baca….seperti yang semua tahu blog adalah diari umum..jadi tentunya aku-suka-hati-saja-menulis-apa-saja-yang-aku-nak ((padahal, selama ini mana ada post aku yang menarik kan???hahahhaha))

with

jue.j

0 TeGuRaN:

Post a Comment

Followers

Encek & Cik

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers