Friday, September 30, 2011

Aku ; Kamu ; Bulan

Pada hari-hari bersamamu, perasaan yang menyelubungi aku seperti BULAN yang penuh, sungguh indah sekali, sampai ke hari ini, ia masih menerangi hidupku dengan terang sekali….

Sebenarnya BULAN, ia tidak pernah berubah..walaupun tampak seperti ia kehilangan bentuknya tetapi hakikatnya ia tidak pernah berubah. Ianya masih bulat sempurna sekali di angkasanya.. jadi, aku ingin menjadi seperti BULAN….bulat dan tak pernah berubah…. Aku pasti akan luahkan segalanya kepadamu, bila aku mula benar-benar jatuh cinta…

Walaupun bulan takkan berada pada satu tempat, seperti perasaan kita yang selalu turun naik, tetapi suatu hari nanti pasti kebahagiaan itu menjadi milik kita bersama…

Jadi di saat ini… pada hari yang sentiasa indah ini…aku hanya ingin selalu bersamamu hingga akhir HAYAT….

Thursday, September 29, 2011

Tersirat ~

"Terima kasih ya? saya pada awak"
"Terima kasih ya? saya pada awak"
"Terima kasih ya? saya pada awak"

Tiga kali lafaz saya *ucapkan terima kasih pada awak. Disebalik *TIGA kali ucapa terima kasih itu tersirat HATI saya. Saya tidak mahu memberi tahu awak apa itu yang tersirat. Ini kerana, awak pernah belajar *Bahasa melayu PENULISAN semasa sekolah menengah dahulu kan? Meski cikgu awak pernah ajar apa itu TERSURAT dan TERSIRAT bukan? Jadi, tiada alasan penting untuk saya menyatakan yang tersirat itu.

Tersirat, bialamana ianya tersembunyi sudah pasti ianya dapat dirasai hati. Apa yang dirasai oleh hati itu, hanya *kita sahaja dapat merasakannya bukan? Lebih baik ianya tersirat kerana tersirat itu INDAH. Tidak akan dapat dirasai oleh orang lain selain AWAK dan SAYA sahaja. Jadi, biarkanlah ianya tersirat. Semoga awak dapat A+ dalam penulisan hati sekiranya berjaya merasakan tersirat itu.

Sekarang ini, saya sedang melalui satu jalan yang amat sukar dalam hidup saya. Dikiri saya duri, dikanan saya daun beracun, di belakang saya jalan mati dan saya tidak tahu apa yang berada dihadapan.

Tolong saya boleh?

Pimpin saya ke jalan yang benar lagi adil? Saya sekarang tersesat dan mati akal mencari jalan keluar dari jalan ini? Saya perlukan awak. Saya yakin dengan awak meski saya tahu awak pun berada dijalan yang sama saya hadapi kini. Saya mahu awak dan saya sama-sama cari jalan keluar ini. Boleh?Terima kasih awak. Pimpin saya cari jalan keluar, agar kita nampak jalan bahagia~

Satu lagi,
Selalunya apa yang saya cakap ini pastinya ada *kurang, salah, tersilap dan tersasar. Saya minta maaf sangat-sangat seandainya apa yang saya katakan tidak menepati *skema piawaian awak. Awak jangan risau, segala kekurangan awak, dan apa juga berkaitan dengan awak. Saya terima dan redha. Jadi, setelah awak selesai membaca *petikan berantai ni. Sila senyum dengan sukanya ok? Terima kasih awak untuk selamanya ini.

Ciptaan sendiri ~
MNH
11.29pm
29 sept 2011

keP.E.R.C.A.Y.Aan

Malam tadi aku sampai rumah lebih kurang pukul 10 lebih. Aku baru balik dari majlis rumah terbuka di Tenom oldtown UA dan library UMS. Sampai rumah aku terus mandi untuk menghilangkan rasa letih. Burger yang aku belikan untuk adik, aku letakkan atas meja. Kuar saja dari bilik air, aku tengok adik aku dah bangun dari tidur-tidur ayamnya sambil makan burger ayam yang aku belikan. Amboi..cepatnya…hehehehe..

Lepas tu, aku join sekali adik aku duduk diruang tamu sambil tengok tv2..tengok cerita HIGH SCHOOL MUSICAL…mmm, dah lama tak tengok cerita tu..so aku tengoklah sampai habis…best jugak layan…. (^__^)….

Abis jer cerita tu…sahabat aku, ILIey telefon aku….baru je aku terfikir pasal dia, nama dia dah muncul di skrin handset aku..huhuhu…emmmm ni mesti dapat panggilan free..ye lah, dua tiga hari lepas dia baru menyambut hari jadinya yang ke 27…well, SELAMAT HARI JADI SAHABAT….. J

Selama dua jam kami bercakap…huh? Memang lama sangat tu dua jam tu…dah macam masuk kuliah menghadap lecturer mengajar….tapi tak terasa pula kami bercakap sampai kul 2pagi…

Memang banyak cerita yang kami kongsikan…lebih2 lagi apa yang berlaku dalam hidup aku…begitu juga dengan iliey..dari cerita dia, aku dapat tahu dia dah kembali berhubung dengan *si Dia nya…Alhamdulillah..syukur sangat..penantiannya yang lama akhirnya hampir sampai ke penghujung..sebab InsyaAllah, bulan 12 nanti andai tiada aral melintang dia akan melangsungkan perkahwinannya dengan *si dia…walaupun dia sendiri mengatakan yang hatinya semakin tawar…tapi aku tak salahkan dia sebab aku tahu dan faham apabila seseorang lelaki membiarkan diri seorang wanita *tergantung tanpa mengetahui status diri kadangkala boleh membawa wanita itu kepada rasa ‘jeruk hati’….aku makin faham kerana aku juga pernah mengalaminya dulu.

Akan tetapi walaupun hati dia semakin tawar, ada satu *rasa yang dia masih pegang sampai sekarang iaitu KEPERCAYAAN pada lelaki itu. aku akui, aku tak tahu macam mana dia lakukan sedemikian tapi rasa itu yang membuatkan dia masih bertahan untuk setia pada seorang lelaki sahaja. Itulah iliey, seorang sahabat yang aku kenali lama dulu.

Memang benar, rasa percaya pada pasangan amat penting dalam sebuah perhubungan..saling percaya dan tolak ansur adalah benteng utama yang mampu mempertahankan sebuah hubungan. Mungkin tidak salah kita berasa sedikit curiga pada pasangan sendiri sebab kita tidak tahu apa yang *dia buat dibelakang kita, bukan? Tapi apa salahnya, andai kita berterus terang sahaja apa yang kita rasa,kan? Ataupun kita hanya terus berdiam diri tanpa ada rasa syak wasangka yang tidak baik… akhirnya, tanpa sedar, ia memberi suatu pengajaran untuk aku….(( padan muka)) hehehehe~

Bercakap dengan iliey semalam membuatkan aku terfikir sesuatu, bahawa setiap perkara yang kita lakukan dengan pasangan perlu ada keserasian dan kesefahaman. Aku akui sebagai wanita, rasa cemburu itu tidak pernah TIDAK ADA dalam perasaan aku. Egonya wanita itu andai dia katakan yang dia tidak pernah rasa cemburu…… sedangkan isteri-isteri Rasulullah pun saling cemburu antara satu sama lain….((p/s: tiada yang sempurna bah geng :P ))

Cerita kami berselang seli..selepas iliey, giliran aku pula yang bercerita…well, bagi aku tidak banyak cerita bahagia yang aku mahu kongsikan pada iliey kecuali kisah pertunangan aku saja. yang selebihnya berkisar tentang suka duka aku sebelum bertunang. Walaupun mata kian mengantuk namun kami masih rancak berbual. Almaklumlah, sudah lama tidak berborak dengan iliey…lagipun bagi aku dialah antara sahabat2 yang sudi menjadi pendengar setia ketika aku meluahkan segala rasa…THANKS A LOT TO HER… kerana sanggup bersengkang mata sampai 2 pagi semata-mata mahu mendengar cerita aku…..kih kih kih~ `(@___@) ß dah nak terjuling mata aku~~~~ kuang2x..

Orait….cukuplah apa yang aku nak kongsikan di sini…sorry beb andai post kali ini tidak menarik untuk di baca….seperti yang semua tahu blog adalah diari umum..jadi tentunya aku-suka-hati-saja-menulis-apa-saja-yang-aku-nak ((padahal, selama ini mana ada post aku yang menarik kan???hahahhaha))

with

jue.j

Friday, September 23, 2011

Salam Syawal Buat Bakal Suamiku~

Salam...hi readers...i suppose to write a poem about syawal for someone special but i have not an idea..so, i just copy and paste from another blogs and i find this poem....thanks for PAKAR CINTA (^____^)


Kuhulur sepenuh kasih,

rindu mekar,

buat dikau bakal suamiku,

di kemeriahan Aidilfitri mulia,

meskipun di kejauhan,

semoga berbahagia.

Selamat Hari Raya bakal suamiku,

buah hatiku yang manis,

yang adamu sentiasa,

membuat langit ku biru,

dan awan menggebu putih,

pohon teduh..

Kau dihatiku,

bagai lukisan indah,

yang tergantung dikamar sepi,

untuk selamanya,

mewarnai mimpi mimpi,

di daerah perkasihan,

Maafkan aku,

jika aku bersalah,

terhadapmu,

dan tidak menyedari,

akan kesilapanku itu,

sebenarnya,

kau lah,

antara kesabaran penuh,

bagai cahaya permata hijau,

gemilang sentiasa,

memancar di perlembahan,

di subur perkebunan..

Kekasih hatiku,

maafkan aku kerana,

sering membuat sangka,

menjadi keliru sentiasa,

sering membuat calar,

hatimu terguris pedih pilu luka..

api untuk selamanya,

kau telah hadir di dalam hidupku,

dan ada sesuatu yang teristimewa,

yang pernah kau bawa selama ini,

telah mencetuskan,

kemeriahan cinta,

begitu berharga..

Sayangku,

bakal Suamiku,

Semoga di tahun hadapan,

kita akan meraikan bersama,

Syawal keberkatan,

InsyaAllah..


******

~HaPpY EnGaGeMent DeaR~

JJJ

(*___*) MAAF


Fikiran bermonolog:-

Kekadang… terasa aku membenci diri sendiri…

Kekadang…terasa tidak sempurna didepan matamu…

Kekadang…terasa malu dengan kekurangan diri..

Kekadang…terasa jauh bezanya aku dengan dirimu…

Kekadang…terasa diriku tidak layak untukmu…

Hati bermonolog:-

Demi cinta…aku mahu menyayangi diri sendiri…

Demi cinta…aku mahu tampak sempurna didepan matamu…

Demi cinta…aku mahu mengubah kekurangan diri…

Demi cinta…aku mahu wanita yang serasi dengan dirimu…

Demi cinta…aku mahu menjadi wanita yang layak berdamping denganmu…

Tetapi…

Mampukah aku???

Aku takut dengan ketidakmampuanku….

Aku takut kau mula bosan hidup bersamaku…

Aku takut “hati kamu mula tawar”…..

Dan aku hanya mampu melafazkan..

“MAAFKAN AKU ATAS KEKURANGANKU”

p/s: pohon..terima aku seadanya…

Wednesday, September 7, 2011

~Perempuan tidak lemah~


"adakah perempuan itu terlalu lemah"....?
TIDAK!
kenapa?


biar aku menjawab:-

"wanita yang kuat adalah apabila duka dan kecewa mencengkam dirinya, pada masa yang sama dia tetap memberi senyuman manis pada dunia"

"wanita yang kuat adalah dia redha dan tawakal dalam kecewa, tabah untuk teruskan hidup dan cekal dalam menghadapi dugaan kerana dia tahu dan faham, hidup ini perlu diteruskan jua."


huh? bercakap seperti ini memanglah senang...namun untuk melaksanakannya umpama mengangkat konkrit ke atas bahu..Ya, ku akui juga..aku pernah LEMAH dulu...aku cuba lari dari masalah yang membelenggu fikiran... dan aku mengambil masa yang lama untuk pulihkan diri. Pada masa itu, otak dan emosi aku seperti dicurah air warna hitam yang penuh sehingga aku tidak mampu untuk berfikir apa-apa...hati ini pula umpama ditikam pedang tajam, dirobek sesuka hati dan berdarah tanpa henti.. (amboi..macam dasyat je)..aku mengadu sakit, namun tiada siapa yang mengerti dan memahami...'mereka' hanya mampu memberi kata simpati dan impati...lalu, apa yang mampu aku lakukan...?? Ya, hanya mengalirkan AIR MATA PEREMPUAN....

aku sendiri tidak ingat berapa lama aku mengasingkan diri dari dunia..aku manjakan diri dengan kekecewaan sehingga tidak mempedulikan kesihatan diri...bila terfikir kembali..betapa bodohnya aku bertindak sebegitu. Akhirnya, aku cuma membuang masa saja. Aku tidak peduli perasaan orang lain yang mengambil berat tentang aku. Aku cuma pentingkan diri. Aku cuma fikir diri sendiri sahaja. Aku ada TUHAN, tapi aku tidak bersandar padaNYA. Dan aku tahu, tindakan aku itu adalah salah sama sekali..Astaghfirullah..

Selepas berhari-hari masa yang aku peruntukkan untuk kembali pulih sepenuhnya, akhirnya aku sedar aku tidak perlu jadi "mayat hidup a.k.a zombie kampung' yang terkial-kial mencari daging untuk dimakan...maka itu aku mencari ikhtiar sendiri supaya bangun dari mimpi ngeri dan berubah menjadi manusia yang bertuhan. Aku tidak mahu diinjak oleh manusia-manusia yang hatinya busuk kerana menghancurkan hati wanita aku. Tidak kiralah dia siapa...dari mana dia datang... perempuan mahupun lelaki....kerana aku benci pada mereka sekeliling yang mendikriminasikan hidup aku.

aku tekad untuk teruskan hidup...lalu perlahan2 aku merangkak keluar dari kepompong derita..aku ingin menjadi rama-rama cantik yang memulakan hari barunya dalam suasana indah. Aku terpaksa kerah segala kudrat dan tenaga demi memastikan aku tidak lagi berada dalam situasi keliru yang haru biru..

berbulan-bulan lamanya aku memberikan ruang kepada diri untuk kembali sembuh dan hidup kembali. Dan tentunya, aku bukan seperti dahulu lagi. Aku kini lebih kenal potensi diri. Aku lebih selesa tersenyum tanpa menyuarakan apa-apa. Bersuara apabila perlu, bertindak apabila mahu memperjuangkan hak sendiri. Aku mahu mewarnai semula kanvas hidup aku...pastinya, apabila kecewa lagi, aku sudah berani untuk mengatasinya.

kalau dulu aku perlukan masa yang lama..kalau dulu aku perlu bangkit berulang kali...tapi kini aku sudah kenal kekuatan DIRI..aku perlukan masa tidak sampai 24jam sahaja untuk kembali tersenyum dan berdiri. Dan aku akui..perempuan itu tidak lemah sebenarnya....perempuan lemah kerana tidak bergantung pada berTUHAN...lemah kerana menurut emosi dan egois sendiri....lemah kerana ??tepuk dada tanya pada diri sendiri...

Percayalah....sebagai perempuan, Allah memberi status yang tinggi dan setaraf dengan lelaki. Perempuan mampu menjadi serikandi yang tegas membuat keputusan namun pada yang sama lembut dalam bertutur.Perempuan dikurniakan air mata bukan semata2 mahu meraih simpati dan belas kasihan yang digunakan sebagai senjata tapi ingin mencurah dan membuang segala kedukaan dan kesakitan agar kekuatan itu dapat diraih kembali. oleh itu, biarkan saja perempuan menangis........sampai masanya nanti, tangisan itu akan kering dan bermulalah hidup baru.....

peace no war !!

Followers

Encek & Cik

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers