
Sepanjang kehidupan seorang wanita, tentunya tidak terlepas dari menangis kan? Mengapa wanita menangis? Apakah punca yang membuatkan mereka menangis? Mengapa wanita lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki? aku mahu kongsikan pada u all tentang satu artikel ni yang aku jumpa kat satu blog...tapi aku ada olah sedikit ayat2 nya...(xnak dikatakan tiru, copy and paste 100%)
Hormon- Seperti yang u all sendiri ketahui, hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila kita datang bulan, kan?stress yang sebelum ini biasa untuk wanita akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. kalu aku tanya wanita-wanita seluruh dunia ini tentu mereka akan menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan (haid). so, kepada jejaka2 di luar sana, fahami situasi girlfee, tunang dan isteri2 korang bila they all alami "ABC"... ^_^v
Manipulasi- bab ni la yang senang sangat nak bagi lemah semangat lelaki. cara manipulasi seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetangah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. dengan air mata saja, wanita mampu menundukkan seorang lelaki.Mereka juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup malakukan apa sahaja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang agak sukar untuk dinafikan, terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar juga...so, lelaki kadang2 perlu berhati2 dengan tangisan wanita seperti ini sama ada ianya palsu atau tidak...tapi tidak lah semua wanita bah..hanya segelintir saja yang buat macam tu...kan?? (AKU TIDAK :p)
Luahan emosi yang ikhlas- Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang kita sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.wanita pula lebih terikutkan emosi...(yup betull...sebab kadang2 aku pon macam ni jugak..hehehe)
Kemarahan- Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.
Memori- Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang paling rumit di atas muka bumi ini. adakalany ketika kita sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.
p/s: Tangisan memang agak asing bagi lelaki. Tetapi kesimpulan yang mudah untuk dibuat adalah, apabila wanita menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda. Lakukan tanggungjawab anda sebaiknya untuk menenangkan mereka.heheheh...
***************
malam tadi tetiba aku menangis....tu yang tetiba nak buat entri pasal ni...
♥
JJJ