Tuesday, August 7, 2012
#03:CiNtA
Thursday, July 26, 2012
#02 : MEMAAFKAN orang

Memang sudah menjadi kebiasaan setiap hari ada saja orang yang menyakitkan hati kita samada dari kalangan keluarga sendiri, sahabat, kekasih, kawan kuliah atau kawan sepejabat mahupun siapa saja yang mengenali diri kita. Begitu juga aku yang kadang-kadang berhadapan dengan suasana begitu.
Kadang-kadang kalau diikutkan hati yang membara, mahu saja aku mempertahankan diri dengan kata-kata @#$%^&* kerana aku tahu aku tidak membuat apa-apa kesalahan. Namun, kerana tidak mahu memanjangkan hal atau perkara kecil yang remeh temeh, aku hanya mampu diam dan buat-buat memekakkan telinga dari mendengar kata-kata nista atau marah orang itu terhadap aku (huhuhu..amat sakit hati). Geram juga apabila membiarkan diri dimarahi walhal aku tahu orang itu sendiri bodoh kerana dia tidak sedar kesalahan itu berpunca dari dia sendiri. Mahu saja aku mencapai dan mencampakkan bakul sampah pejabat yang masih berisi bekas uncang teh, plastik mee segera serta polistrin yang berisi nasi lemak yang dibuang beberapa hari lalu ke arah kepalanya. Mahu saja lagi aku menyumbat mulut becoknya dengan dawai kokot yang bermacam-macam saiz di atas mejaku Tapi atas dasar keperimanusiaan yang masih ada dalam diri, aku cuma mem’blah’kan diri dari situasi itu yang ku anggap menganggu dunia aku yang hampir mengecapi ketenangan. Tergelak juga aku sendirian apabila orang itu terdiam melihat aku yang selamba saja buat tidak tahu dengannya. Apa kau ingat marah kau saja? marah aku macam mana????
"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang" (At Taghobun: 14)
Aku teringat sesuatu perkara bahawa orang yang hidupnya tenang dan tidak gelisah serta mudah tidur malam adalah orang yang suka memaafkan orang lain. Sesungguhnya, Adalah baik jika kita memaafkan seseorang sebelum tidur kerana dari situ kita akan terasa kelapangan dada. Memendam rasa memang sesuatu yang amat menyakitkan. Kita yang tidak bersalah belum tentu mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain yang telah dilakukan kepada kita.Namun kita sendiri sedar bahawa memaafkan seseorang yang menyakitkan hati kita bukanlah sesuatu yang mudah kerana diri kita mempunyai ego.
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kalian tidak ingin bahwa Allah akan mengampuni kalian? Dan sesungguhnya Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang" ( An Nur: 22)
ada seorang sahabat Rasulullah saw yang mana Baginda telah menyebut-yebut namanya dihadapan sahabat-sahabat yang lain sebagai ahli syurga.
Hairan pada sahabat kerana Rasulullah menyebut namanya sebagai ahli syurga sebanyak 3 kali dihadapan mereka. Maka para sahabat mula menyiasat dan bertanya kepada sahabat tersebut :
“Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur”
JUE: Maafkan saja walau hati terluka.... ^^V
#01: Tentang Hidup

Allah berikan kita sesuatu atas sebab yang mahu menguji keimanan kita. Kemudian DIA menarik kembali sesuatu itu juga atas sebab yang mahu melihat ketabahan kita dalam menghadapi ujianNYA. Dalam beberapa sebab itulah ,kita mula mengenal erti kepayahan dan kesenangan dan mampu meneruskan hidup dengan tujuan dan matlamat yang baru. Berserah saja pada Qada dan QadarNYA , menunggu dengan doa dan tawakal, serta menerimanya dengan redha atau pasrah. Atas nama seorang insane biasa, kita pastinya mahu mencari kesempurnaan hidup.
Kadang-kadang apa yang di alami dan di lalui saat hidup ini adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Benda yang tidak pernah dimpikan menjadi sebuah kenyataan diluar jangka fikiranku. Sungguh membahagiakan. Kalaulah boleh dilukiskan warna ceria ke seluruh dunia, mungkin warna jiwa sudah lagi tidak tinggal hitam-kelabu-putih sahaja.
Atas segala peristiwa yang berlaku dalam hidup aku, kini aku mula mencari sesuatu yang lebih baik dalam diri. Apakah mampu memiliki dunia baru dengan senang hati atau lebih berhati-hati? Ah, manusia yang biasa macam aku tidak perlu banyak benda dalam menjalani sisa kehidupan yang acapkali tidak sempurna. Yang aku dambakan cuma sedikit kehidupan yang tenang tanpa ada gangguan yang mendesak minda. Dan ketenangan yang sedikit itu sudah hampir ku miliki sekarang. Aku kini tenang dengan hidup baru dengan cinta baru. Sungguh ku amat bersyukur atas ketenangan itu walaupun sedikit tapi amat bermakna.
Andai aku punya dunia magikaku sendiri, sudah pasti aku boleh tentukan hidup aku sendiri. Aku yang berkuasa segalanya. Aku yang tentukan warna apa yang perlu ku calit atas kanvas duniaku. Aku akan pillih manusia yang punya jiwa suci tanpa dosa untuk hidup bersamaku. Aku akan buang segala kekotoran dan bau busuk yang melekat pada jiwa manusia-manusia yang berhati buruk. Namun, itu semua hanya imaginasi kartun yang tidak pernah wujud dalam hidup reality manusia. Sedangkan ulat yang hidup dibawah batu pun mampu mencari jalan hidupnya sendiri tanpa ada kuasa magis apatah lagi manusia yang dianugerahkan otak untuk berakal dan bijak berfikir, tidakkah itu sudah patut disyukuri?apakah akal kita boleh melampaui batas kudrat Tuhan? Tidak bukan? Sebab manusia itu sendiri tidak sempurna, apatah lagi mahu mem’bikin’ dunia yang sempurna.
Kalau aku bercerita tentang hidup, tentang manusia dan tentang diriku yang tidak pernah sempurna, pasti tidak pernah habis sampai ke luar batas alam. Sebab itulah, kita perlukan wasatiyyah (kesederhanaan) dalam menyelusuri perjalanan dunia yang tak pasti bila penghujungnya (mati). Tidak elok kita membanggakan apa yang ada pada diri kita pada dunia walau sedikit pun. Gelaran? Pangkat? Kekayaan? Entahlah…aku tidak pernah ada gelaran , aku belum punya pangkat dan aku belum memiliki kekayaan..sebab apa? Sebab aku tidak perlu semua itu, yang aku mahu adalah aku BAHAGIA menuju ke jalan yang diredhai olehNYA.
JUE: 1. ku hargai pada mereka yang menyayangiku.
2.sentiasa berdoa untuk mereka yang membahagiakanku.
Tuesday, July 24, 2012
Tahniah CIK Lawyer
Apa?aku? huhuhuhuhu....boss aku pun dah balik2 tanya pasal ni...sebenarnya aku dah lama submit permohonan peguam syarie ari tu lagi..tapi application lawyer syarie aku pun masih dalam tindakan. Hujung tahun ni barulah aku kena panggil interview dan call to bar jugak...lembap tol la procedur jabatan kehakiman syariah under negeri sabah ni...pelik tol aku, susah sangat ke nak setel kan semua ni?huhuhu tak pe lah, encik azmi talip ( incharge person) dah cakap, nanti dorang akan contact aku...tapi sampai bila??ampehh tu yang aku jeles juga bila tengok dah ramai kawan-kawan aku jadi peguam. tapi dalam masa yang sama, aku bangga dengan dorang semua...tak pelah, rezeki aku untuk jadi peguam belum sampai lagi..sabar je la ea miss jue.
ok la...i'm done here...bye!
Bile time ABC.....

semalam, aku tengok citer DEJAVU DI KINABALU, entah kenapa cerita tu buat aku moody terus...datanglah rasa-rasa yang tak baik..tetiba rasa sedih dan sakit hati yang amat...kalau time ade orang yang cuba main 'cucuk2' ngn aku, confirm aku dah jerit kat dia..adoyaaaiii..tapi nasib baik la aku sorang2 je kat rumah semalam....tapi yang tu buat aku makin panas. last2 abis jer citer tu, aku cuba masuk tidur awal. pukul 8 beb, awal le tu.. malas kena kacau, aku kurangkan volume handset..biar tak berapa nak dengar..huh!
kenapa hormon macam tu akan bertukar time pempuan ABC ea? aku selalu terfikir apa sebabnya? tapi nasib baik lah kadang2 aku boleh kawal depan orang. Hal macam ni kena kawal tau. Kena bawa baca selawat dan beristighfar, dan juga cuba bawa bertenang...hehehe
ok lah...tak de benda pun nak tulis ni...apa yang aku buat ni entry yang bosan je..ok lah chow.!!!
Sunday, July 22, 2012
Checklist untuk Bahagia
Saturday, July 21, 2012
Update Ceria~Shortcut to Happiness~

oo ya, ketika aku menaip entry kali ini, aku sudah berada di rumah kelahiran ku sekarang. seperti biasa selepas balik terawih dengan adik2, aku menghadap laptop papaku yang sejak dari petang tadi aku bersabar dengan perasaan aku yang meluap-luap mahu ber'internet'. sebernarnya, selain entry ini, ada banyak cerita ceritu yang mahu aku kongsikan, akan tetapi sejak akhir2 ini,otak aku semakin kekeringan idea untuk menulis/menaip sesuatu atas blog ni. entahlah....aku perlukan sesuatu atau emosi perasaan yang membangkitkan keghairahan (wow agak seksi ayat aku ni) untuk menulis blog tapi??
kadang2 bila fikirkan balik, blog ini akan aktif sekiranya aku mengalami perasaan sedih, kecewa dan derita...pelikkan? kisah sedih2 lebih banyak dari kisah ceria yang aku mahu kongsikan.kenapa ya? untuk mengingat kisah-kisah bahagia pun aku sudah tidak punya kemampuan untuk berfikir dan mencari balik kronologi ceritanya bagaimana.
sebab itulah, aku sentiasa cuba untuk update dan upgrate idea aku dengan bersikap ceria dan happy . kenapa? sebab aku dah ubah nama blog aku " shortcut to happiness"...sebelum ini aku memilih "PELANGI itu milik aku" sempena kekasih hati yang sukakan pelangi. tapi entah kenapa aku rasa tergerak hati mengatakan "sebenarnya asal PELANGI ini bukan dari cerita aku..tapi cerita orang lain" tentu ada cerita disebalik tentang PELANGI ini kan wahai kekasihku? huh? tak pelah, malas aku nak tahu lebih2...buat hati parah je. (huh, de kaitan ke?)
SHORTCUT TO HAPPINESS yang aku pilih ini adalah cuma secara spontan, tidak ada kena mengena dengan edit, copy dan paste...ia berlaku pada masa yang cepat dan very simple. aku juga terfikir, bagaimana mahu mencari kebahagiaan dengan cara singkat? berfikir dan masih mencari...mungkin banyak tapi aku perlukan penjelasan yang kukuh untuk itu.
dan sekarang, aku mula menanam janji dengan blog ini untuk mengisinya tentang bahagia...help me plz?
Sunday, July 15, 2012
Passion of law

Some Lawyer say: "The Law Is Reason Free From Passion"But...in one year i have to find that passion is a key ingredient to the study and practice of law and of life. it is with passion, courage of conviction and strong sense of self..that we take our nest steps into the world...remembering that first impressions are not always correct...you must always have faith in people and most importantly you must have faith in yourself...
Monday, June 25, 2012
Masa Berjalan Tanpa Henti
25hb jun 2012 (bersamaan dengan 05 syaaban 1433H yang jatuh pada hari isnin adalah merupakan hari pertama my encek Fiance menjalani hari praktikalnya selama 3 bulan. Dia dan 2 orang sahabatnya ditempatkan di Penjara bahagian Zon Kepayan yang terletak lebih kurang 3km dari Bandar Kota Kinabalu. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengatur segala perjalanan hidup manusia ini, akhirnya perjuangan encek Fiance sebagai Siswa UMS sudah hampir kepenghujungnya. Aku berharap segala titik usahanya dan kepayahannya dalam mencari ilmu selama bertahun-tahun ini, dapat dibalas dengan segulung ijazah. InsyaAllah.
“Waah cepatkan masa berlalu?” Kata Encek Fiance suatu hari, matanya fokus ke arah hadapan sambil memandu. Aku hanya diam (ku kira seperti ada ku katakan sesuatu ketika itu, tapi aku sendiri sudah lupa) , sepi sahaja tika itu..ku rasa tenang berada di atas kerusi si KANCIL SAA 5270 K yang sedang menyelusuri jalan raya. Dan aku masih merenung jauh di luar tingkap kereta…
Ya, tanpa kita sedar masa terus berjalan tanpa henti. Dan diam tak diam, sudah bermacam-macam perjalanan hidup yang aku hadapi. Memang ini kerja tuhan, yang merancang tanpa kita tahu apa-apa. Sedangkan yang 10 minit selepas ini pun aku tidak tahu apa yang terjadi, ini pula di masa-masa akan datang. Maha Suci Allah….betapa khilafnya manusia dan betapa Agungnya diriMU ya Allah…
Kenangan pun semakin banyak, akan tetapi masih tidak sempat untuk aku coretkan kenangan-kenangan itu..usia semakin meningkat, dan aku semakin lupa dan samar-samar tentang kenangan-kenangan itu juga. At the same time,Sekalipun kerja-kerja harian semakin menghimpit dan desakan kewangan yang kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada…aku masih mampu meneruskan sisa-sia hidup yang semakin tua ini. Macam-macam kan kerja Tuhan yang diaturkan pada kita? Cuma aku ini saja yang jarang sekali pandai bersyukur. Hidup aku diseliputi Istidraj..astaghfirullah….
Persoalan sekarang : Masa terus berjalan tanpa henti namun aku masih terkebil-kebil memikirkan tentang masa depanku sendiri, ku sendiri tidak pasti apa yang ku mahu, dan masih ada kesamaran tentang kerjayaku. “sayang, lepas praktikal mahu buat apa? Kerja atau bagaimana?” tanyaku pada sang kekasih. “ Entah, saya tidak merancang apa-apa, saya hanya mengikut apa yang dirancangkan oleh Tuhan untuk saya”. Aku hanya diam.
Biarlah, apapun aku masih ada target tentang cita-citaku. Iaitu PEGUAM SYARIE. Yang ini aku akan pastikan ia tercapai. InsyaAllah. Aku sedang berjalan ke arah itu. Yang selebihnya, aku pasrah apa yang terjadi pada hidupku nanti. Biar masa terus berjalan, agar cepat ku ketahui apa yang berlaku nanti.
P/s: “Nani, kau balik Sarawak 1hb Julai kan? 2 mggu lagi ni.” Soalku semasa perbualan aku dengan adik perempuanku minggu lepas. Ketika itu kami sedang menikmati sarapan pagi. “ Iya kak, cepatkan masa berlalu?” jawabnya. Aku diam. Jawapan yang sama dari adikku juga. Masa berlalu begitu pantas bukan?
Thursday, April 26, 2012
seorang lelaki
Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan
Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya
Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu
Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna
Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan :
“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”
Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin
p/s; copy, paste & edit

























![Mandat[O]Ri: Sebuah Novel Thriller](http://photo.goodreads.com/books/1240480330s/1164249.jpg)






