Showing posts with label tentang hidup~. Show all posts
Showing posts with label tentang hidup~. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Bile time ABC.....


Wanita - kalau time A.B.C tu, macam2 fi'il (perangai) yang dia buat....hormon dalam badan tu cepat sangat berubah emosi. betulkan? memang lah betul...sebab sejak 4 5 bulan ni, aku dah mula beremosi time ABC ni....dalam banyak-banyak perangai, tang ni lah yang aku tak suka -tetiba nak sedih,sakit hati,marah dan gelisah, kadang-kadang benda kecil pun dah nak terasa hati, korang pernah tak? Dulu aku tak macam ni tau..tak de benda2 ni yang berlaku, aku tetap cool dan relax kalu time ABC...Bettooolll..aku tak tipu..tanya la kawan-kawan yang pernah tinggal sebilik dengan aku dulu....tapi sekarang ni entah kenapa dah terbiasa...

semalam, aku tengok citer DEJAVU DI KINABALU, entah kenapa cerita tu buat aku moody terus...datanglah rasa-rasa yang tak baik..tetiba rasa sedih dan sakit hati yang amat...kalau time ade orang yang cuba main 'cucuk2' ngn aku, confirm aku dah jerit kat dia..adoyaaaiii..tapi nasib baik la aku sorang2 je kat rumah semalam....tapi yang tu buat aku makin panas. last2 abis jer citer tu, aku cuba masuk tidur awal. pukul 8 beb, awal le tu.. malas kena kacau, aku kurangkan volume handset..biar tak berapa nak dengar..huh!

kenapa hormon macam tu akan bertukar time pempuan ABC ea? aku selalu terfikir apa sebabnya? tapi nasib baik lah kadang2 aku boleh kawal depan orang. Hal macam ni kena kawal tau. Kena bawa baca selawat dan beristighfar, dan juga cuba bawa bertenang...hehehe

ok lah...tak de benda pun nak tulis ni...apa yang aku buat ni entry yang bosan je..ok lah chow.!!!

Saturday, July 21, 2012

Update Ceria~Shortcut to Happiness~


1 Ramadhan, hari ini dah mula kita berpuasa kan? seronok tak? mesti ramai yang ternanti-nantikan bulan mubarak ni kan? Alhamdulillah syukur sangat kita diberi peluang sekali lagi untuk merasai nikmat bulan ramadhan tahun ini. Subhanallah, Alhamdulllillah, laaillahaillah wallahuakbar...biarkan bibir kita sentiasa dibasahi dengan empat ayat mulia ini.lebih2 lagi kedatangan ramadhan ini juga memberi kita ruang untuk mengupdate IMAN yang semakin lama semakin 'lower' ini. kutip segala pahala dengan menambah amalan-amalan yang jarang kita lakukan....kita tidak tahu sama ada ini merupakan ramadhan terakhir kita atau tidak..wallahu'alam.

oo ya, ketika aku menaip entry kali ini, aku sudah berada di rumah kelahiran ku sekarang. seperti biasa selepas balik terawih dengan adik2, aku menghadap laptop papaku yang sejak dari petang tadi aku bersabar dengan perasaan aku yang meluap-luap mahu ber'internet'. sebernarnya, selain entry ini, ada banyak cerita ceritu yang mahu aku kongsikan, akan tetapi sejak akhir2 ini,otak aku semakin kekeringan idea untuk menulis/menaip sesuatu atas blog ni. entahlah....aku perlukan sesuatu atau emosi perasaan yang membangkitkan keghairahan (wow agak seksi ayat aku ni) untuk menulis blog tapi??

kadang2 bila fikirkan balik, blog ini akan aktif sekiranya aku mengalami perasaan sedih, kecewa dan derita...pelikkan? kisah sedih2 lebih banyak dari kisah ceria yang aku mahu kongsikan.kenapa ya? untuk mengingat kisah-kisah bahagia pun aku sudah tidak punya kemampuan untuk berfikir dan mencari balik kronologi ceritanya bagaimana.

sebab itulah, aku sentiasa cuba untuk update dan upgrate idea aku dengan bersikap ceria dan happy . kenapa? sebab aku dah ubah nama blog aku " shortcut to happiness"...sebelum ini aku memilih "PELANGI itu milik aku" sempena kekasih hati yang sukakan pelangi. tapi entah kenapa aku rasa tergerak hati mengatakan "sebenarnya asal PELANGI ini bukan dari cerita aku..tapi cerita orang lain" tentu ada cerita disebalik tentang PELANGI ini kan wahai kekasihku? huh? tak pelah, malas aku nak tahu lebih2...buat hati parah je. (huh, de kaitan ke?)

SHORTCUT TO HAPPINESS yang aku pilih ini adalah cuma secara spontan, tidak ada kena mengena dengan edit, copy dan paste...ia berlaku pada masa yang cepat dan very simple. aku juga terfikir, bagaimana mahu mencari kebahagiaan dengan cara singkat? berfikir dan masih mencari...mungkin banyak tapi aku perlukan penjelasan yang kukuh untuk itu.

dan sekarang, aku mula menanam janji dengan blog ini untuk mengisinya tentang bahagia...help me plz?




Monday, June 25, 2012

Masa Berjalan Tanpa Henti


25hb jun 2012 (bersamaan dengan 05 syaaban 1433H yang jatuh pada hari isnin adalah merupakan hari pertama my encek Fiance menjalani hari praktikalnya selama 3 bulan. Dia dan 2 orang sahabatnya ditempatkan di Penjara bahagian Zon Kepayan yang terletak lebih kurang 3km dari Bandar Kota Kinabalu. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengatur segala perjalanan hidup manusia ini, akhirnya perjuangan encek Fiance sebagai Siswa UMS sudah hampir kepenghujungnya. Aku berharap segala titik usahanya dan kepayahannya dalam mencari ilmu selama bertahun-tahun ini, dapat dibalas dengan segulung ijazah. InsyaAllah.

“Waah cepatkan masa berlalu?” Kata Encek Fiance suatu hari, matanya fokus ke arah hadapan sambil memandu. Aku hanya diam (ku kira seperti ada ku katakan sesuatu ketika itu, tapi aku sendiri sudah lupa) , sepi sahaja tika itu..ku rasa tenang berada di atas kerusi si KANCIL SAA 5270 K yang sedang menyelusuri jalan raya. Dan aku masih merenung jauh di luar tingkap kereta…

Ya, tanpa kita sedar masa terus berjalan tanpa henti. Dan diam tak diam, sudah bermacam-macam perjalanan hidup yang aku hadapi. Memang ini kerja tuhan, yang merancang tanpa kita tahu apa-apa. Sedangkan yang 10 minit selepas ini pun aku tidak tahu apa yang terjadi, ini pula di masa-masa akan datang. Maha Suci Allah….betapa khilafnya manusia dan betapa Agungnya diriMU ya Allah…

Kenangan pun semakin banyak, akan tetapi masih tidak sempat untuk aku coretkan kenangan-kenangan itu..usia semakin meningkat, dan aku semakin lupa dan samar-samar tentang kenangan-kenangan itu juga. At the same time,Sekalipun kerja-kerja harian semakin menghimpit dan desakan kewangan yang kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada…aku masih mampu meneruskan sisa-sia hidup yang semakin tua ini. Macam-macam kan kerja Tuhan yang diaturkan pada kita? Cuma aku ini saja yang jarang sekali pandai bersyukur. Hidup aku diseliputi Istidraj..astaghfirullah….

Persoalan sekarang : Masa terus berjalan tanpa henti namun aku masih terkebil-kebil memikirkan tentang masa depanku sendiri, ku sendiri tidak pasti apa yang ku mahu, dan masih ada kesamaran tentang kerjayaku. “sayang, lepas praktikal mahu buat apa? Kerja atau bagaimana?” tanyaku pada sang kekasih. “ Entah, saya tidak merancang apa-apa, saya hanya mengikut apa yang dirancangkan oleh Tuhan untuk saya”. Aku hanya diam.

Biarlah, apapun aku masih ada target tentang cita-citaku. Iaitu PEGUAM SYARIE. Yang ini aku akan pastikan ia tercapai. InsyaAllah. Aku sedang berjalan ke arah itu. Yang selebihnya, aku pasrah apa yang terjadi pada hidupku nanti. Biar masa terus berjalan, agar cepat ku ketahui apa yang berlaku nanti.

P/s: “Nani, kau balik Sarawak 1hb Julai kan? 2 mggu lagi ni.” Soalku semasa perbualan aku dengan adik perempuanku minggu lepas. Ketika itu kami sedang menikmati sarapan pagi. “ Iya kak, cepatkan masa berlalu?” jawabnya. Aku diam. Jawapan yang sama dari adikku juga. Masa berlalu begitu pantas bukan?

Followers

Encek & Cik

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers