Tuesday, August 30, 2011

Syawal, Kau datang lagi~

Alhamdulillah...syukur sangat-sangat yang tidak terhingga kerana aku dan keluarga masih diberi peluang untuk bersama-sama meraihkan aidilfitri sekali lagi di tahun ini.kali ini raya disambut di rumah atok aku...walaupun umah ini semakin uzur dek di mamah anai-anai namun ia masih berdiri kukuh menampung kami sekeluarga..mungkin ini adalah kali terakhir raya disambut di rumah ini kerana tahun depan ia akan dirobohkan untuk membina rumah yang baru....patutlah majlis pertunangan aku juga akan dibuat dirumah lama ini..untuk mengenangkan kembali di mana rumah ini lah tempat kami 6 beradik dibesarkan, di didik dan diasuh. masih lagi ku ingat kami dirotan kerana kenakalan dan kedegilan tika dulu...lebih2 lagi, sebagai anak yang sulung, sengaja saja rumah ini dijadikan tempat untukku meraihkan pertunanganku nanti..dan juga menjadi saksi bahawa aku yang sudah dewasa ini kini akan membina hidup berkeluarga kelak ..maka itu,biarlah ia menjadi kenangan terakhirku bersama2 dengan rumah tersebut...thanks for my dad & mom~

anyway...syawal menjelma lagi...persiapan untuk menyambut aidilfitri ini hanya dibuat ala kadar saja...namun tema hijau tetap menjadi pilihan tahun ini...ni semua idea mama aku..semua nak warna hijau...kain langsir, kusyen,carpet,cawan, pinggan, dan bekas biskut raya juga berwarna hijau..nasib baik lah baju raya kami tiada sorang pun yang berwarna hijau...kalu tidak, dah xnampak mana satu rumah dan mana satu orang.....tak pelah..seperti yang aku cakapkan tadi, rumah ini bakal diganti dengan rumah yang baru...so, apa salahnya kan?

aku baru saja selesai masak ketupat versi segera punya..namun mata sukar nak lelap sekarang disebabkan mama aku buat air kopi (delima) untuk kitaorang minum..aku tak nak tapi dah kena paksa minum, ikut jela...n then hasilnya, aku x boleh nak tidur awal....adoyai~

ayam dan daging sudah siap dipotong...hanya tinggal mahu dimasak esok pagi saja...biskut2 raya pun dah siap masuk dalam bekasnya...dan baru saja tadi, aku habiskan menggosok baju melayu dan baju kurung raya kami sekeluarga..semuanya ada 8 pasang..jenuh jgk aku menggosoknya...huhuu..

Syawal kali ni amat bermakna pada aku..kerana yang pertama, keluarga kami dapat berkumpul semula untuk meraihkan raya yang terakhir di rumah atok. kedua, insyaAllah, sekiranya tiada aral melintang aku akan mengikat tali pertunangan dengan si DIA pada raya ke 11 nanti..juga dibuat di rumah atok ini...mungkin ada sebab kenapa my mom n my dad mahu meraihkan keduanya ditempat yang sama~

oklah...aku mahu tidur la...esok kena bangun pagi...untuk blogger dan reader..SELAMAT MENYAMBUT ADILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN....moga syawal ini membawa kisah yang bermakna pada kalian semua.......

♥ for all~
chow!




Thursday, August 25, 2011

sudah-sudahlah ~

serius aku cakap...memang sakit hati bila dikenangkan balik the worst thing or bad thing that happen in my life..bila aku tengok semula cerita2 lama aku sebelum ni..oh my god, tetiba aku sakit hati..the true is, rupanya parut luka tetap ada dalam hati...so, i think better semua stori mori itu hilang dalam pandangan aku...dan aku rasa aku bertindak betul dengan memadamkan segala2nya...(teringat pada blog lama2 aku sebelum ini..ada banyak coretan kisah pahit manisku di dalam tu).

aku masih pegang dengan prinsip hidup aku yang ke-5 "life must go on"...dah boring dah guna ayat2 macam ni..but, i still use it when i getting down and feel worst...!!! now, syukur sangat2 kerana dengan ayat itu aku menjadi KUAT untuk teruskan hidup...walaupun the certain time aku masih terasa tempias2 atau sisa2 cerita walang aku dulu....issshhhh...!!

Cinta, cinta, cinta dan cinta.......is something i 'respect' with it..why?? bcoz, its make me noe what the true life is~seriously dude~ and u know something? hati manusia itu lembut dan cinta itu pula halus. namun apabila hati manusia bercampur dengan cinta, manusia akan menjadi halus dan lembut peribadinya. but why manusia menjadi kasar dan hilang adab? maybe the people are still confuse sama ada mereka sedang meletakkan cinta ke dalam hati ataupun nafsu. jadi apabila nafsu hitam yang sifatnya keras diletakkan dalam hati, maka manusia akan hilang adab dan menjadi keras. so, cuba you all fikir betul2...apa yang berada dalam hati seseorang itu sebenarnya bukan cinta dan sekiranya cinta, dia sepatutnya berhati halus dan lembut serta mahu orang yang dicintainya itu bahagia..bukan menambah duka dalam hatinya...am i right????

Now, i'm going to "build" my new life~~Aku harap tidak ada lagi anasir-anasir luar yang menceroboh hidup aku yang baru 'setengah tiang' dibina ini....walaupun aku tau mungkin selepas ini pasti ada cabaran dan dugaan yang datang secara tiba-tiba ....namun, tolonglah duhai "HATI", kuatkan semangatmu.....aku ingin terus bahagia hingga ajal menjemput....mahu bahagia dunia dan akhirat..insyaAllah.....

aku dah penat berfikir~so, i want stop 'bla bla bla bla' here~ bye..CHILLL~~~~~ (^_______^)

♥ ♥ ♥

Tuesday, August 23, 2011

Lelaki atau Wanita Baik?

Pernah satu hari, masa tu aku tengah berus gigi...(^^).. ops...depan aku ada satu cermin...so, kalu dah ada cermin depan mata korang, apa yang korang buat?? of coz la korang tayang gigi korang yang tengah berbuih2 dek ubat gigi jenama apa2 ntah tu sambil memberus kan?? hehehe... eh aku bukan nak sharing cer pasal gigi tapi pasal apa yang aku terfikir masa tengah berus gigi tu adalah bagaimana aku mahu meng'explore' idea-idea atau cerita-cerita yang aku nak kongsikan dalam BLOG ini. semakin lama semakin hari idea aku makin kurang....dan Bahasa Melayu Tinggi aku pun sudah tidak seindah bahasa sastera (bila pula gaya bahasa aku jenis sastera?)..hahahhaha~~eh sekali lagi aku bukan pasal bahasa itu yang aku nak cerita..almaklumlah..mukadimah sebuah kisah perlulah ada 'bunga-bunga' sikit..macam cerita cerpen jugak lah.....adoyai, pesal lak aku cakap pasal cerpen lak ni..bukan tu stori aku le....maaaffffff laaa yeee~~~~~ ok "lurus ke titik" a.k.a straight to the point...

LELAKI ATAU WANITA BAIK.......??? kenapa isu ni yang aku nak kupas kali ni? bukan kupas kulit buah ke kulit manusia ke kulit apa2 ea....aku cuma nak sentuh tentang 'lelaki baik untuk wanita baik'.... sebelum tu aku nak tanya pada diri aku dulu...aku wanita baik kah?? huhuhu...entah....aku sendiri tak tahu sama ada aku ni seorang wanita yang baik atau tidak...siapa lah aku yang mahu menilai dan memartabatkan diri sendiri dengan mengatakan aku ni wanita baik? yang aku tahu cuma "baik buruknya seseorang itu biar hanya TUHAN sahaja yang tau....

aku sendiri tertanya2, apa definisi yang tepat untuk "lelaki yang baik" dan "wanita yang baik"?
hari sabtu baru ni, aku ada beli 2 buah novel hasil nukilan dari Bro Bahruddin Bekri iaitu tentang Diari Mat despatch: Lelaki Baik & Diari Mat Despatch: Hati ♥ Emak. Huhuhuhu~ sudah sekian lama aku tidak membeli buku untuk diri sendiri, akhirnya, Novel2 itu juga yang tetap menjadi pilihan otakku untuk dibaca.

Dalam Novel DMD:Lelaki Baik yang aku sudah habis baca dalam tempoh sehari semalam, itu barulah aku faham serba sedikit apa yang dikatakan tentang 'orang baik'... ya, memang benar, tidak ada definisi yang khusus untuk diperkatakan apa sebenarnya 'lelaki atau wanita baik' itu..maksudnya amat luas..tidak ada batasan makna pun...andai korang bagi jawapan 'orang yang baik adalah orang yang berilmu, beramal,beriman, bertaqwa dan bertawaduk, memang jawapan itu benar...kebaikan yang diperolehinya sendiri pun mungkin telah diiktiraf di sisi Allah swt. namun bagaimana pula dengan orang yang pernah membuat jahat dan dosa, lalu dia insaf, bertaubat dan berubah, adakah dia masih dikatakan orang yang jahat?atau statusnya akan berubah dari 'jahat' ke 'baik' secara mendadak?

contoh situasi yang aku bayangkan: seorang makcik yang tidak ada tempat duduk dalam sebuah bas, terpaksa berdiri kerana semua kerusi sudah penuh. dan tiba2 seorang pemuda yang berasa kasihan dengan makcik itu lalu memberi ruang untuknya duduk...orang-orang yang berada disekeliling situasi itu tentu ada di antara mereka yang terdetik di hati "baiknya pemuda itu"...kan? kalu aku pun mesti fikir macam tu... so, secara keseluruhannya, adakah dek kerana sikap lelaki itu tadi telah menjadikan dirinya dianggap seorang yang baik..........???

C.A.N.A.I.F.I.K.I.R: sejak awal manusia diciptakan, naluri berbaik sudah ada. Jadi pada dasarnya, semua manusia itu baik dan bukan jahat..persoalannya: kenapa manusia berubah menjadi jahat?

Masing-masing ada penilaian tentang definisi orang yang baik ini. Walaupun berbeza pendapat, namun kesannya tetap sama. Apa jua kebaikan yang kita lakukan, masyarakat akan memandang tinggi siapa diri kita..tapi perlu juga berhati-hati dengan msyarakat kita sekarang, sekali kejahatan kita lakukan, maka hilanglah seribu kebaikan yang kita lakukan, sebelum ini…dan hilanglah kepercayaan mereka terhadap kita.. betapa ceteknya pemikiran mereka begitu…

Katakanlah Aku ini wanita yang baik?

Baik yang bagaimanakah itu?mengapa aku dikatakan wanita baik? Aku pernah tanya pada mereka yang mengatakan aku wanita yang baik, tetapi jawapannya agak mengecewakan aku kerana mereka sekadar ‘rasa’ sahaja yang aku ini wanita baik? Pelik bin hairannya sebab perkara begini pun boleh setakat ‘rasa’? seperti mereka sendiri tidak ada jawapan yang tepat untuk diberikan. Oleh itu, mereka tidak boleh ‘rasa’ aku ini adalah wanita yang baik,kerana bagi aku, aku belum layak untuk menerima gelaran ‘wanita baik’ dalam hidup aku. Cukuplah hanya antara aku dan PENCIPTA aku saja yang tahu apa yang tersirat disebalik personality aku ini.

Untuk melakukan kebaikan, perlukan keikhlasan..dan bagi aku andai ada orang yang membuat kebaikan kepada kita terimalah ia dengan hati yang terbuka dan bersyukur atas sebab pemberian itu. Kalau kita mampu untuk membalas budi baiknya, maka balaslah dengan seikhlas hati namun jika tidak, pohonlah pada TUHAN agar DIA dapat membalas jasa baik seseorang itu. INsyaAllah .

Setiap individu sentiasa berpeluang untuk melakukan kebaikan dan mengubah diri mereka menjadi orng yng baik. Namun terpulang pada kekuatan hati dan tekad masing-masing bagaimana untuk menjadi orang yang baik. Contoh, sekiranya kamu tersenyum dan membuatkan orang gembira, ia adalah perkara baik. Sekiranya kamu cuma diam dan diam kamu mendatangkan manfaat, ia juga adalah perkara baik. Jadi, seperti yang aku sudah ceritakan tadi , sekiranya kamu berdiri di dalam bas dan memberi tempat duduk kepada orang lain, ia juga adalah sikap yang baik. Namun walupun perkara baik itu tidak terbatas, hanya orang yang ikhlas membuat baik kepada ALLAH shaja yang akan benar2 dianggap baik oleh ALLAH.

Memang betul lelaki baik untuk wanita baik, dan begitu juga sebaliknya….jadi andai diri itu terasa jahat (seperti aku yang sentiasa beranggapan begitu) berusahalah untuk mengubah diri menjadi baik. Usah risau, kerana kita sentiasa diberi peluang untuk berubah dan hakikatnya pintu taubat masih terbuka untuk mereka yang benar2 bersedia untuk bertaubat. Aku sendiri pun sedang berusaha untuk menjadi wanita ynag baik, isteri yang baik dan ibu yang baik suatu hari nanti. InsyaAllah. Walaupun kadang kala aku sendiri tewas dengan ‘kejahatan’ yang ada dalam diri namun dengan lafaz ‘astaghfirullahalazim…maka secara perlahan2 ‘kejahatan’ itu akan mula pudar….masih banyak yang perlu diperbaiki tentang diri aku…aku sedar, untuk berubah menjadi manusia baik adalah bermula dari hati kita sendiri..jika seketul daging itu memakan dari hasil yang baik, insyaAllah baiklah seluruh tubuh badan dan jika tidak,…waaallualam….moga dijauhkan segala kejahatan jiwa…

Uiks..aku rasa,dah berjela-jela aku merepek ni….kalau apa yang aku luah ini terlakar di atas sehelai kertas, memang sampai ke lantailah jawabnya…hahahaha~ orait…idea aku dah makin kering dh ni…dah malas nak merapu2 lagi lepas ni…cukuplah apa yang ada…baiklah…nanti aku akan ceritakan tentang benda lain pula…mungkin tentang “CINTA’ lagi?? Ehem2…Chow!!! Bye~


P/S; Bersyukur seadanya~

Friday, August 19, 2011

Apa guna~

Apa guna jadi lelaki kacAK,kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK...
Apa guna jadi perempuan cantIK,kalau Pukul 12 t.hari pun tak celik-celIK..
Apa guna umur besar panjANG,kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG...
Apa guna Allah bagi hidaYAH,kalau nak solat pun sikit punya paYAH..
Apa guna jadi manusIA,kalau umur Allah bagi kita sia-sIA..Apa guna harta melimPAH..kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun suSAH...
Apa guna pangkat beSAR...kubur dah dekat pun masih tak seDAR...
huhuhuhu..........

Friday, August 12, 2011

ceh~ Aku Peduli ke???

hahahahahaha~ awat aku punye entry cenggini??

xtually...aku dah lama nak share satu citer kat korang... before diz i think better aku simpan je citer tu untuk diri aku sendiri tapi fikir punya fikir ape guna aku ade blog kalu xde citer kisah dongeng hidup aku yang boleh aku kongsikan..ni pon sebab aku jadi minah perasan yang kununnya blog aku ni ade je orang nak baca...ceh~ntah ade ke tak.....huh?siapalah aku ni..weaakkkk!!! (^______^)

Aku dah lama tahan perasaan tak puas ati dengan sorang minah ni....leh tak aku gelar die 'minah cengeng'? ops..maaf andai ada bahasa yang tercarut sedikit dalam post aku kali ini…ni semua minah tu punya pasal….dlm fesbuk minah tu pun aku tak pasti die letak nama IC die yg sebenar or tak…die bubuh nama cik pot pet je mula2 tu kemudian dia dah tukar nama cikmaisarahismail ..maknanya, fesbuk tu cuma dijadikan sebagai senjata untuk die serang aku dlm senyap2…tak de angin tak de ribut tiba2 je serang aku…dah lah aku tak kenal sape minah ni…aku dah cakap elok2 ngan ko, ko balas kat aku kata2 sumpah seranah yang ntah apa2 perkataan ko guna…..sabar jerk ngn perangai ko ni….issshhhh~

lelaman social fesbuk aku tu bukannya tempat ko luahkan segala ‘rasa-rasa panas gunung berapi’ ko kat aku…mula2 ko brani bagi aku warning, aku leh tahan lagi..ape ko ingat aku nak‘ amik pusing’ sgt ke ngn msg2 yang tak berguna ko bagi kat aku tu??ceh~ ade aku pedulik??? ..so, aku pon senyaaaaaapppp….diaaammmmmm…sabaaarrrrr jerk……

tapi, makin lama makin ko pijak kepala aku…astaghfirullahalazim……ko ingat aku ni pempuan jenis ape???suka suki je panggil aku “perampas” boipren orang…heeelllooooo..excuse me gurl…..how could u say like dats…??? Tak de akal ea? Sape boipren ko yang kununnya aku nak rampas ni?aku tak kenal hang sape apatah lagi ngn boipren ko…..eeee..geramnye aku….nasib baik bulan puasa..kena tahan sabar~

FYI, aku bakal bertunang ngn mamat pilihan aku tidak lama lagi….so, apahal yang ko nak kepoh ngn aku lagi ni?kan aku dah cakap..aku dah ade someone special dalam hidup aku, buat ape lagi aku nak kacau boipren orang???cer ko bagi explain betoi2 ngn aku ni….aku ni kekadang blur jgk tau…..so, tolong bagi aku keFAHAMan secukupnya tentang apa yang ko nak sebenarnya ni???

Kalu ade sape2 yang kenal ngn minah ni…cube tgk kat fesbuk ni cikmaisarahismail...aku betul2 tak tau sape die ni….tibe2 aje marah aku tak tentu pasal… kalu betol lah aku ni perampas boipren ko, tlg buktikan dan berani untuk face to face dgn aku….jangan dok gatai nak cemarkan peti inbox fesbuk aku dgn msg2 ko tu…ada bran?????…!!

Luving u~



I'm not that kind of girl who can take a broken heart

So plz.. dont ever leave
I don't want to see us part
the very thought of losing you means
that everything would go down under

dear..i'll be loving you forever
just as long as you want me to be
all this love's for you and me

i count the blessings that keep our love new
there's one for me and a million for you
there's just so much that i wanna say
that when i look at you all my thoughts get in the way

We've come to far
to ever turn back now
this love will last forever
i can see it all now

plz let me ..i'll be loving you
only u….

Kita Milik DIA~


~Tagline~

“Andainya aku boleh menarik segala janji, aku ingin sekali menariknya semula, kerana aku mula sedar, aku tak layak menjanjikan apa-apa. Andainya aku boleh memadamkan ingatan semua orang terhadapku, aku ingin sekali memadamnya kerana aku mula sedar yang aku hanya dunia yang membiak dihati mereka. Andainya aku boleh mengundurkan waktu, aku tak mahu menyayangi sesiapa kerana aku mula sedar apabila terlalu menyayangi seseorang, aku hanya memikirkan dirinya…. Subhanallah..”

Safawati binti Rustamin, sudah berulang kali aku menyebut nama arwah sejak pagi tadi. Malam tadi, aku bermimpi tentang arwah..Subhanallah..lalu aku terfikir..kenapa ya?....... Kata-kata di atas di petik dari blog beliau sendiri. So, aku jadikan ia sebagai tagline post aku. Entah kenapa aku tertarik dengan kata-kata itu. Seolah-olah arwah tahu dia akan pergi selama-lamanya lalu dia meninggalkan kata-kata seperti itu. Sebenarnya aku dan kawan-kawan yang lain telah diberi tanggungjawab untuk menulis sebuah cerpen tentang diri arwah. Akan tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk aku mulakan cerita tentang dirinya. Aku mengenali arwah sejak kami berada di tingkatan satu lagi. Perit duka dan gelak ketawa yang wujud di antara persahabatan aku, arwah dan sahabat2 lain telah banyak memberi impak kepada aku tentang indahnya persahabatan di waktu persekolahan dulu. Seperti yang pernah aku katakan dalam post blog lama aku dulu yang menceritakan tentang arwah, kami tidak pernah bergaduh mahupun bermasam muka. Berbeza sangat dengan sahabat lain, arwah seperti memahami diri aku. Walaupun hakikatnya, aku mungkin bukan sahabat atau kawannya yang paling rapat, namun seboleh2nya kami cuba mengelak untuk bersengketa.

Mengenai cerpen itu pula, kami diberi tempoh sehingga tahun depan (2012) sebelum reunion pelajar-pelajar SMU Tambunan diadakan. Kononnya, cerpen-cerpen itu akan dikumpul dan dibukukan dalam majalah REUNION tersebut. Kalau jadi, Alhamdulillah….sekurang-kurangnya cerita tentang arwah boleh dijadikan sebagai pedoman dan nama arwah sentiasa diingat oleh serata pelajar-pelajar tersebut.

Manusia selalu mengeluarkan kenyataan begini “kenapa orang baik selalu pergi dulu?”….ya, aku tak nafikan tentang kenyataan tersebut….arwah safawati berumur 24 tahun ketika dia menemui ajalnya. Masih muda bukan? Namun sebagai umat Islam, kita sentiasa diberi peringatan bahawa ajal tidak mengenal sesiapa dan umur…bila-bila sahaja kita akan MATI…Cuma terpulang pada kita sama ada sudah bersedia atau tidak…Ya Allah..bukan aku takut mati namun aku belum cukup bersedia..aku masih ada impian yang perlu dicapai dan digapai dalam hidup ini..syukur juga kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini…dan sesungguhnya aku tidak akan sekali-kali mensia-siakan peluang tersebut…peluang yang ada ini juga aku akan gunakan sebaik-baiknya untuk menikmati hidup dengan penuh bersyukur serta menghargai apa yang menjadi milik aku.. di samping aku bersedia untuk menemui saat2 terakhirku dibumi ini…InsyaAllah…

Aku pernah dengar jawapan orang bagi soalan “kenapa orang baik selalu pergi dulu?”..mereka kata, mungkin kerana Tuhan tidak mahu orang yang baik ini akan ternoda imannya, dan akan hilang kebaikannya jika semakin lama mereka hidup di muka bumi ini..jadi bagaimana pula dengan “kenapa orang jahat pula boleh hidup dengan lama?” lalu mereka menjawab, kerana Tuhan mahu memberi peluang kepada mereka unutk bertaubat dan menginsafi di atas kejahatan yang mereka lakukan. Betulkah? Lalu tanya pada diri sendiri “andai aku orang baik, tentu aku dah mati” dan “adakah aku manusia jahat?” Wallahuallam…hanya ALLAH S.W.T saja yang tahu disebalik semua ini..Dia Maha mengetahui segala-galanya…Dia adalah MAHARAJA yang mentadbir rakyat-rakyatNYA…. Kita adalah milik ALLAH SWT…..Kita adalah ciptaanNYA….kita adalah hamba-hambaNYA…Dia tahu apa yang ditakdirkan pada umat seantero dunia. Kita sebagai hamba kerdil dan hina disisiNYA hanya mampu berfikir sedemikan rupa. Namun tidak mampu untuk mentafsir disebalik takdir alam. Well, nobody perfect right? Lalu, sekali lagi tanya pada diri sendiri, “apa tujuan aku hidup?”….just thinking about it….

p/s: setelah berfikir banyak kali kenapa aku bermimpi tentang arwah..lalu aku hanya mampu memberi jawapan untuk diri sendiri….”aku diberi peringatan tentang MATI”

Followers

Encek & Cik

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers