
- Habiskan “Driving License P”
Adoooyaaaii….yang nilah buat aku lemah sikit….tapi mahu tak mahu, berani tak berani, debar tak debar aku kena habiskan juga..dah nak naik lemau dah kekrediabilitian aku memandu kereta..bukan tak mahu tapi aku memang tak suka sangat bawak keta manual ni….takde ke akademi memandu yang guna keta auto??? Lebih2 lagi kalau terkena CIKGU tahap Misai Tebal yang bergulung2…lepas tu marah2 pulak tu..isshhh….BTW, thanks pada housematesku yang sudi ‘menjaga’ dan ‘memerhati’ gaya panduku dengan kereta kancil dan myvi dorang tu…keliling kingfisher ni pun dah cukup beb!! Hahahaha~ orait insyaAllah aku akan mula menyambung driving next month..i hope so..hehehehe
2. Facial Treatment
Ya Ampuuuunnnn…… yang bab ni wat aku tension sangat2…bangun pagi atau lepas mandi aku mesti tengok wajah aku yang dah mula ‘menggerutu’ macam katak kodok (ceh kutuk diri sendiri)…aku tak tahu lah pasai apa kulit muka aku dah mula kering dan berjerawat…inilah yang amat MERISAUKAN aku...serius be! Mmg dah hampir tahap kritikal….sebab itu aku panggil Emergency case…..hehehhehe dah macam2 aku guna produk tapi tak de yang menjadi pun…masa masih study kat semenanjung dulu aku pernah buat 1 atau 2 kali facial,tapi muka aku jadi gatal2 dan kemerahan macam udang bakar. Sebab tu aku macam serik sikit nak wat facial lagi. so, aku dah nekad nak cari satu facial treatment yang betul2 ngam dengan jenis kulit muka aku….adik aku cakap mungkin aku ada makan benda yang berpantang atau make up @ foundation yang tak sesuai dengan muka aku.. so, aku pun berhenti bermakeup..just touch up dengan bedak kompak dan lip ice…so simple..hehehe ..anyway, ada sape2 yang boleh suggest produk apa yang paling mujarab sekali untuk aku??? Kalu tak de, aku ‘tampal’ muka aku ni guna MADU je la….manis skit muka aku ni..hahahahaha
3. Beli Blouse, Dress & Shawl setiap bulan
Aku pernah cakap kat adik aku, aku nak beli baju dan tudung setiap sebulan sekali…memang dah lama dah ada niat macam tu..tapi itulah bila aku plan nak beli itu, pada masa yang sama aku dah nampak benda lain yang lebih menarik minat, memang tak tahan beb…sebab tu budget nak beli baju dan tudung dah lari…ahaks~ aku bukannya apa…before this aku memang suka beli baju dan tudung masa study dulu but sejak dah masuk keja ni dah mula kurang membeli plak..so, aku nak aktifkan balik tabiat lama aku ni..lagipun aku dah mula boring dengan baju2 yang ada dalam almari..dan lagi satu aku nak carik dress yang sesuai untuk kerja kat firma guaman…biar nampak professional sikit..(amboi terlebih sudah~~)
4. Kurangkan Berat Badan
Berat badan aku yang terbaru ialah 50kg….bagi aku nombor tu dah *berat sangat…hehhee…aku lebih suka kalu angka tu turun 2kg, so jadi = 48Kg (^^)…maka dengan itu, aku mula mengurangkan makan aiskrim yang paling kugemari..waaaaaaaa.. :’( , juga mula kurangkan makan malam, dan banyak makan buah.. aku pon dah kurangkan minum yang masam2, sebab bak kata My Papa Majid, “nanti memberi kesan buruk pada peranakan kamu”. Waaah takut aku…huhuhuu~ so, nampaknya aku kena belajar memilih makanan yang sesuai (yelah tu, kalu dah lapar tahap singa betina,dah tak ingat dunia dah…kahkahkahakah)

























![Mandat[O]Ri: Sebuah Novel Thriller](http://photo.goodreads.com/books/1240480330s/1164249.jpg)






