
aku sedar dan faham tentang sesuatu, jangan ikutkan hati dan perasaan sangat..kita ada ALLAH..kita ada IMAN..kita berdiri atas agama ISLAM..maka ikutlah tatacaranya yang betul....Kita sakit hati hanya menambah parut di hati...kita kecewa hanya menambah duka dalam jiwa....untuk mengelak perkara ini menghimpit hati2 kita, maka Mohonlah pada Allah yang SATU agar diberi ketenangan dan kesabaran dalam melalui liku-liku perjalanan ini. Allah Maha Pengasih dan Penyayang, DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA..Astaghfirullah....aku sendiri yang mencari masalah hati....bukan salah sesiapa...inilah akibatnya, andai bertindak berdasarkan emosi yang tak stabil...kenapa aku tidak mengambil iktibar atas pengajaran-pengajaran aku yang lalu??
"YA ALLAH, SEBAGAIMANA ENGKAU TELAH MEMBERIKAN KURNIA DENGAN KEBESARAN-MU, TANPA BANTUAN HAMBA-MU YANG LEMAH. ENGKAU MAHA TINGGI DENGAN KEBESARAN-MU DI ATAS SEGALA YANG BESAR, ENGKAU MENGETAHUI APA YANG DI BAWAH BUMI, SEBAGAIMANA ENGKAU MENGETAHUI APA YANG DI ATAS 'ARASY-MU. SEMUA BISIKAN HATI YANG JAHAT, ADALAH JELAS BAGI-MU. DAN SEMUA YANG DIJELAS DAN UCAPAN, ADALAH SEPERTI RAHSIA DALAM PENGETAHUAN-MU
SEGALA SESUATU MENURUT PERINTAH-MU, KERANA KEBESARAN-MU. DAN SEMUA RAJA TUNDUK KEPADA-MU, KERANA KEMAHARAJAAN-MU. YA ALLAH, OLEH KERANA URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT, SEMUANYA BERADA DITANGAN-MU, MAKA JADIKANLAH UNTUKKU DARI SEGALA KESULITAN DAN KESEDIHAN MENJADI JALAN KELUAR YANG MENGGEMBIRAKAN"
P/S:maafkan aku atas sikap yang begini~





















![Mandat[O]Ri: Sebuah Novel Thriller](http://photo.goodreads.com/books/1240480330s/1164249.jpg)







3 TeGuRaN:
Kenapa kata-kata di atas seolah-olah diluahkan dengan nada kecewa terhadap sesuatu..
BIARLAH RAHSIA~~
Aku dapat tafsirkan kata2 di atas tu..hahahah..tp x apalah betul atau tidak biarlah rahsia jg..
Post a Comment