Friday, July 15, 2011

~Aku cuma tahu dia seorang PAKCIK TUA~

Dulu , aku pernah cerita tentang si pekerja buruh, si pekerja restoran dan si pekerja kedai buku di dalam blog lama aku (LIFE & ME)….cerita berkisar tentang kehidupan masyarakat yang berkerja di Kingfisher.... dan kali ini aku ingin bercerita tentang seorang Pakcik Tua...sejak 2 atau 3 minggu ini, aku selalu terjumpa atau berselisih dengan seorang pakcik tua ni..berjalan kaki dari arah tempat aku turun bas sampai lah ke tempat kerja aku memberi aku peluang untuk melihat dan memerhati tingkah orang-orang disekeliling aku. dan dalam ramai2 'mereka' yang berjalan kaki seperti aku, pakcik tua itu yang menarik perhatianku. aku sendiri pun tak tahu kenapa. mungkin sebab terbit rasa simpati aku pada pakcik itu. pakcik tu selalu pakai baju t-shirt dan seluar slack yang sudah lusuh. kadang-kadang dia pakai topi dan kadang-kadang tidak. pertama kali aku nampak dia dulu, aku hanya memberi senyuman dan anggukan tanda hormat padanya. tapi pakcik tu buat bodoh je. but, aku tak kisah pun. :)


dan begitulah hari-hari yang seterusnya...dalam seminggu, adalah 2 atau 3 kali aku jumpa pakcik tu..dan seperti hari ini, hari segala penghulu hari (jumaat), sekali lagi aku terjumpa pakcik tua tersebut. dan entah kenapa ringan pula mulut aku mahu bercakap .. siap salam lagi...hahahaha..

"Assallamulaikum pakcik.." sapaku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. aku tengok pakcik tu macam blur je tengok aku. tergamam kot sebab aku tegur dia dulu. nasib baik pakcik tu sambut huluran tangan aku sambil tersenyum tanpa membalas salam..dalam hatiku dah terdetik 'eh, pakcik ni muslim ke tak ea?'...serba salah pula aku..ah lantaklah...aku tak kisah...

'pakcik mahu ke mana?" tanyaku lagi. Pakcik tu senyum je. namun, aku tengok dia mengangkat tangannya dan kemudian jari telunjuknya menunjukkan ke arah sesuatu...aku berpaling belakang..mmmmm.... eerrrrrr.......arah mana dia tunjuk ni? aku pun turut sama 'blur'...hahahha..aku dah risau dah kalau pakcik ni sebenarnya 'orang kurang waras' (tak nak cakap 'gila'..macam kasar pula..huhuhu) tapi aku cuma jawab 'Oooooooooo...di sana..."walhal aku tak tahu pun kat mana...buat2 tahu ajelah..)

"mmmm~tidak apalah pakcik..saya jalan dulu ya..." aku berbasi basa mahu meminta diri. cepat2 aku melangkah. laju aje..aku dah mula fikir lain...hahahaha....sebelum melangkah pergi, tetiba pakcik tu cakap 'terima kasih' pada aku...laaaa ada suara rupanya....aku yang pada mulanya fikir pakcik ni tak waras, tersenyum saja.."sama2 pakcik".. dan terus hilang syak wasangka....cuma aku terfikir...'terima kasih untuk apa ya?"... kemudian kulihat pakcik tu juga meneruskan perjalanannya...dan aku??? macam biasalah...............sambung balik berjalan kaki ke tempat kerja.....


the end~

:: Teringat dengan kata-kata seseorang, kita sebenarnya sentiasa saling memerlukan....seorang engineering yang sedang duduk di ofis perlukan seorang tukang cleaner untuk membersihkan pejabatnya...tanpa cleaner tadi, tentu keadaan ofis tu kucar kacir. berhabuk dan tidak bersih. dan ini akan mengakibatkan si engineering tadi tidak selesa dan tidak dapat fokus membuat kerjanya.....pengajarannya, manusia hanya sama saja di sisi ALLAH..tidak kira ada pangkat atau tidak....berharta atau tidak....namun apa yang membezakannya adalah AMALAN seorang insan...jadi apa kaitan aku dengan pakcik tua itu?entahlah...aku hanya menganggap ia....'ini cuma sebahagian kisah aku saja'::

3 TeGuRaN:

Azizul Lemin said...

Wow menarik jalan ceritanya..to be continue ka ni..

Jue Juraidah said...

owh thanks....nda..the end sdh ni..hihihi

Azizul Lemin said...

So apa stories sterusnya..

Post a Comment

Followers

Encek & Cik

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers