Friday, April 13, 2012

Ke Arah Perubahan Yang Baik


Setiap orang mempunya potensi untuk menjadi baik kerana mencintai kebenaran itu adalah fitrah manusia.

"Adik-adik, siapa yang menggerakkan hati untuk kamu semua baca tentang artikel-artikel tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya? Jawabnya adalah Allah S.W.T jua yang menggerakkan hati-hati kamu semua. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu," ujar seorang kakak pada sesi perkongsian.

Kita mahu menjadi baik tetapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu?

Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?

Baik itu bagaimana sebenarnya?

Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain.

Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.

Jawapan saya, tidak cukup baik.

Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.

Apa itu hak sesama muslim?

Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.

Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.

Bagaimana pula boleh separuh?

Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.

Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?

Selama ini anda suka melayari web Islam atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, saifulislam.com, langitilahi.com dan sebagainya.

Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Semanis Kurma, al-Kuliyyah dan sebagainya.

Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan.

Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.

Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.

Bukankah itu adalah potensi?

Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik.

Anda tidak perasankah selama ini?

"Suhana, kamu dengar radio apa tu? Lagu-lagu nasyid kat situ semua bestlah." Tanya rakan sekerja saya.

"Oh, radio online. Nasyid.fm, lagu-lagu kat sini memang semua best. Jarang dapat dengar dekat ikim," ujar saya.

"Itulah selalu pasang ikim.fm kalau dalam kereta. Tapi tak ada pula lagu best macam ni."

Saya terdiam.

Bagusnya, perwatakan rakan sekerja saya ini bolehlah dikatakan lelaki lembut, suka bersolek. Tetapi dia ada potensi itu.

Potensi untuk menjadi baik.

Maka jangan kita memandang orang itu dengan pandangan negatif.

Cukup baikkah kita untuk menilai dan menghukum seseorang?

Anda sentiasa mahu menghukum dan mengkritik, tetapi anda pernahkah mendoakan orang-orang yang dikritik itu menjadi baik?

Justeru, keluarkan potensi yang ada itu. Jangan biarkan ia statik tanpa dialirkan. Kita boleh menjadi lebih baik jika membina potensi baik itu dengan semaksima mungkin.

Jika mahu jadi baik, lakukan dengan kesungguhan. Jangan takut untuk menjadi baik. Cerahkan pemikiran anda bahawa baik itu disukai Allah S.W.T, kita suka jika Allah S.W.T suka bukan?

Jangan sia-siakan petunjuk yang Allah S.W.T beri. Takut nanti Allah S.W.T tidak memberi lagi.

Jika berlaku begitu, bukankah kita yang rugi?

Mari kita sama-sama menjadi baik yang sepenuhnya.

Benarlah kata Nabi saw:-

"Sesiapa yang Allah S.W.T kehendaki kebaikan padanya, akan diberi kefahaman di dalam Agama."(Hadis riwayat Ahmad di dalam Kitab Min Musnad Bani Hashim)

p/s: kopi dan pasta dari iluvISLAM

Monday, March 26, 2012

Pen-Curi-KKKK!!!!!


Malam tadi aku dikejutkan oleh kak siti tentang berita "tak baik"....(kalu aku sebut berita buruk, mcm dahsyat pulak bunyinya kan?) ...citt rupanya baju ampaian yang dijemur kat luar rumah dah kena curikk...!!!!! mulanya, aku cuma cakap "laa ye ke?bila kena curik?sape yg curik?..."tengah kak siti bercerita tu, baru lah aku teringat aku pon ade jemur baju jgk....aku pon gie check baju aku kat ampaian tu....mengira2 dan cuba mengingat sesuatu...DAN

"kak sitiiiii...baju kite pon kena curikkkkkk jugaaaakkkk!!!!!! ...haaaaa..kono den..padan muko...

kira2 4 helai baju kerja aku hilang kena amik orang...masa tu, rasa terkilan jugak sebab baju2 tu smua baju kesayangan aku..dan aku rasa baju tu adalah antara baju mahal yang pernah aku beli. but, bila aku fikir balik, mungkin dah nasib aku eh bukan, dah nasib baju aku tu diambil orang...entah ke mana pencuriik tu bawa..sama ada dorang tu curi sebab nak pakai atau nak jual kat kedai2 bandel..perghhhh.memang aku rasa nak menyumpah je pencurik bodoh mcm tu....eeeee..geramnya aku...bongap tol pencuri tu..rasa nak tutoh (hentak) jer..

kak siti cakap, masa dia balik rumah malam tu, dia perasan pintu pagar depan rumah dah terbuka luas. entah mcm mn, dia perasan baju2 kat jemuran dia seperti ada yang kurang...sebab dah letih dia tak lah pi check baju tu..terus buka kunci rumah. meanwhile dia terdengar mcm ada bunyi geseran kasut kat lantai luar rumah belakang kereta toyota hitam housemate aku. tapi dia tak nampak sebb suasana agak gelap tika tu..terus cepat2 kak siti buka pintu dan masuk rumah. TAKUT... besok pagi tu, dia gie check baju tu sekali, dah memang hilang separuh baju yang dia jemur...(termasuk baju aku)


kak siti ckp lagi, lampu2 kat luar rumah tu nak pasang baru...mentol lampu tu dah lama terbakar sbb tu la selalu gelap kat luar rumah tu...and then nak SWITCH ON balik security alarm rumah tu....huhuhu..sebelum ni tak pernah kisah pon benda2 mcm ni sebab tak pernah lagi ada kes kecurian kat rumah tu..so, malam tadi adalah kali pertama hal ni terjadi...

dengan rasa ragu2, aku mula berfikir yang bukan2...aku takut nanti pencurik tu dah mula berani masuk rumah..dah lah aku sorang je kat tingkat bawh...so that, aku amik keputusan aku nak tumpang tidur dalam bilik kak siti...hahahah...pesal aku tetiba jadik penakut ni?

bukan ape, lately ni,dah byk kes rumah kena rompak...kalu aku baca paper je, mesti ade kes mcm ni...naik seram jgk aku...dah lah taman perumahan yang aku tinggal aku sekarang ni tak de pak guard atau sukarelawan, so kami sendiri yang kena ambil inisiatif mcm mana nak jaga safety tumah tu... aiyooo....

so, sekrang ni, bertambah beban aku sebab aku kena beli baju kerja yang baru pulak...adoyai..tapi takpelah...at least, aku dah boleh berjaga2 dengan kes mcm ni....biarpun cuma baju, tapi baju tu dibeli dengan duit, duit pulak dapat hasil dari titik peluh kite berkerja. Mak Ayah aku pon bukannya KAYA nak belikan aku baju, kite yang kena usaha sendiri untuk mendapatkan kemahuan dan kehendak kita sendiri....lagipun aku dah bekerja, so aku tak nak bebankan mak ayah aku nak minta duit..tu yang agak geram dan terkilan bila tau baju hilang...huhuhu..

dahlah..aku malas dah nak fikir pasal ni...cuma yang buat aku rasa leceh, buat masa ni aku takut nak jemur baju kat luar rumah..nak tak nak aku terpksa jemur baju kat belakag rumah...kalu cuaca panas jerk aku tak kisah...boleh kering cepat, tapi kalu hujan?????? kalu jemur baju kat ampaian depan rumah tu senang skit, sebab terlindung dari hujan...kalu nak jemur baju time hujan turun boleh je...no hal, tapi dah jadi mcm ni..memang leceh la...

siang tadi aku jemur baju...kat tempat ampaian yang sama...sebab menurut rasa hati aku, pencuri ni wat keje time mlm jerk..siang2 ni dorang tak berapa nak berani kot..so, aku dengan pasrah,tetp nk jemur kat sana...huhuhu~

emmm dah lah ngepek kat sini..bosan lak...sebab dah tak de idea nak bercakap...ok aku chow..

p/s: aku harap pencurik tu tak jual baju aku kat bandel2 pasar mlm KK....hahahahahha~


Wednesday, March 21, 2012

soooo sweeeetttt~~~


ummmmmppphhhhhhh....soooo sweeeeetttttt....

bila berjauhan dan tak berjumpa sehari atau berhari-hari....jadi rinduuuu plak...bodoh tak aku? dalam soal perasaan dan hati ni memang aku lemah sikit..tapi tak salah kan?heheheh...

sebelum tidur..aku mesti terbayang senyuman dan kenakalannya...so sweettt...chomel tau tak...

kadang2 bila tengok TV boleh plak aku terbayang wajah dia...ampeh..memang aku betul2 jatuh cinta kot dengan dia ni...so sweeettt~~

tapi time gaduh2 ni...aku suka jgk...walaupun aku geram tapi aku susah nak marah ngn dia ni...bila aku nak merajuk, aku tak blh merajuk lama2...nanti dia pula yang merajuk balik...so sweeetttt....

siyes aku cakap ni..bila dia tak de di depan aku, aku akan tercari-cari dan tertunggu2...sengal kan? memang aku sengal.....hahahaha...tapi still so sweettt...

aku sentiasa tggu panggilan dan sms dari dia...walaupun ringkas atau sekejap yang penting namanya tertera di skrin hp ak...adoiiyaa...memang sweet laaa...

tanpa aku sedar, apa jua yang dia cakap, aku rsa penting untuk diingat...kalau dia marah-marah, dah macam bertih jagung bertempiaran sana sini...tapi aku suka dia marah, sebb maknanya dia caring...ahahhahaha~

aku suka bergurau senda...sampai dia tension dan geram ngn sikap aku...tapi makin dia macam tu makin aku kacau dia....so sweeet tol...hahahaha~~~

apa yang pasti aku sayang dia dan dia sayang aku......Terima Kasih Tuhan....

Friday, March 16, 2012

mengintai kata2 mereka di FB

SiMarL
`belajar utk terima org yg sygkn kite...kerana...senang nk pujuk hati sendiri utk sygkn seseorg rather than nk pujuk hati org utk sygkn kite..'
NaNa da' Purple
" bila tunangan orang ganggu tunangan orang...itu dipanggil BIADAP...sila jaga akhlak anda sebagai muslim.." sesungguhnya muslim itu bersaudara"-sabda Rasulullah SAW..
Nur anisah Mukmin
✿ LEBIHKAN BERSAHABAT daripada BERSUBAHAT~
siJueJubaidahLee
mama cakap : jodoh yang baik, untuk mereka yang baik & begitu jugak sebaliknya. terserah pada Allah, tentukan siapa jodoh kita. Insyallah, dia ada untuk kau. yang kau mau tau, diri kau tuh tergolong dalam golongan yang mana , untuk meminta yang baik daripadaNya. kesimpulan disini, berubah.

p/s:sedikit terpukul dengan kata2 mama . dan sy sedar, keterlampauan sy. thankyou mom . :)
SiZila
I'm frust but it doesn't mean dat I'm give up to try it again n again..gambatee...

Tuesday, February 28, 2012

Berubah KeranaNYA yang Maha Esa


Alhamdulillah....Syukur sangat kerana aku, dia, kau,mereka dan manusia yang lain masih diberi peluang untuk merasai kenikmatan dunia yang diberikan oleh TUHAN....kerana apa yang pasti peluang ini adalah tanda kasih sayang TUHAN pada hamba-hambaNYA walaupun adakalanya kita, iaitu manusia sering alpa dan lalai dengan perintahNYA...manusia sentiasa hidup dalam dunia Istidrajh.....MasyaAllah...Astaghfirullah......

Hari ini tanggal 28 February 2012...hati aku terdetik untuk mengenal diri....mencari kesilapan dan menyesali dosa-dosa yang aku sendiri tidak terhitung banyaknya.....Ya Allah, betapa liatnya hati aku ini untuk lebih mendekati diriMU....aku lemah dan tertewas dengan ajakan Qarin ku (bayang-bayang Jin) sendiri....sedangkan aku lebih mengetahui apa yang maaruf dan apa yang mungkar....beruntunglah pada mereka yang diberi hidayah olehMU ya Allah, dapat merasai nikmah NUR yang terpapar diwajah2 serta hati mereka...dan kuyakin mereka pasti bahagia di dunia mahupun di akhirat.....Amin...

Aku tak pernah meluahkan apa yang aku rasa pada sesiapa...kerana aku malu, dan rasa ego yang asyik menguasai diri...sedangkan KAU tahu apa yang aku rasa dalam hati.....dan aku sering bertanya "Apa mungkin masih ada peluang untuk aku melangkah mendekati ke arahMu ya Allah?"


رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

(At-Tahrim : 8)

... رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan);


Jadi, apa yang harus aku lakukan? aku pasti rasa sesal ini akan berakhir setelah aku noktahkan kata-kataku di sini..kemudian, aku hanyut sekali lagi di bawa arus duniawi yang tidak kekal.....tolong bimbingi aku..........

Rasa Sesal:-
Jue.J



Tuesday, February 21, 2012

::Buku itu tentang aku dan kamu::


Setiap helaian buku ini..

Ada cerita tentang aku dan kamu…

Di situ aku hiasi cerita bahagia..

Di situ juga aku baluti dengan cerita kecewa…

Walau dihinggapi bau kertas lama…

Ku tetap hulur kepada kamu ..

sebagai hadiah kenangan…

Di dalam buku itu, kamu letakkan cinta…

Yang amat cantik…

Dibaluti dengan kertas warna putih salju..

Disapu dengan warna emas dan perak…

Untuk kau titip kepada aku sebagai tanda jawapan hati…

Kamu hulur tangan menerimaku…

Aku sambut dengan air mata kesyukuran…

Kamu tersenyum manis madu…

Aku tersenyum dalam tangisan hiba…

Di dalam buku ini…

Takdir letakkan aku dan kamu….

Dibalut cinta yang harum mewangi…

Disapu rindu yang cantik pelangi…

Kerana takdir sudah mengiyakan…

Bahawa bahagia itu akan menjadi milik kita……

InsyaALLAH….


with ♥

Jue.J

Followers

Encek & Cik

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers